Sunday, 25 October 2015

mengurus aktiviti kerja

EMPLOYABILITY SKILL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca artikel ini. Pada hari ini, kami sekelas telah ditugaskan untuk membaca dan memahami nota yang diberikan untuk ujian akan datang,
Antara pembelajaran kami pada hari ini ialah :

·        MEMAHAMI SKOP KERJA
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti tugasan yang akan dilakukan, kerja-kerja dan tanggungjawab. Tajuk kerja mestilah menunjukkan dengan jelas fungsi sesuatu tugasan yang akan dilaksanakan

·        MENGENALPASTI  HASIL YANG DIKEHENDAKI DAN MASALAHNYA
Mencatatkan semua masalah dengan terperinci, mengenalpasti syarat-syarat yang diperlukan untuk setiap langkah kerja dengan tujuan untuk menjayakan kerja anda dengan sempurna

·        MEMAHAMI TEKNOLOGI ATAU KAEDAH YANG SESUAI
Setiap kerja perlu dirangka dengan teliti supaya menepati permintaan yang sentiasa berubah , teknologi, kemahiran dan kebolehan organisasi juga pilihan pekerja. Apabila setiap kerja dirancang dengan mengambilkira perkara-perkara di atas, para pekerja akan menjadi lebih bermotivasi untuk berkerja lebih kuat



·        PELUASAN KERJA
Usaha terawal untuk menyelesaikan masalah pengkhususan ialah dengan melibatkan peluasan kerja secara horizontal iaitu dengan menambah skop kerja, bilangan tugasan yang diperlukan dalam sesuatu kerja dan kekerapan sesuatu tugasan itu diulang

·        PENGAYAAN PEKERJAAN
Pengayaan pekerjaan meningkat kefahaman dalam sesuatu kerja iaitu tahap kawalan seorang pekerja ke atas kerja yang mereka lakukan. Dengan kata lain, pekerja dipertanggungjawabkan untuk melakukan beberapa tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh pengurus mereka, oleh itu , tugasan dalam kerja yang diperkayakan sepatutnya membenarkan pekerja melakukan mengikut acuannya sendiri.

·        MODEL CIRI-CIRI KERJA
Menawarkan rangka kerja yang dimaksudkan melalui rangka kerja ini :
·        Kepelbagaian kemahiran
·        Pengenalan tugasan
·        Signifikan tugasan
·        Autonomi
·        Maklum balas






·        MENETAPKAN KEUTAMAAN KERJA
Kenalpasti apa yang hendak dilakukan  adalah penting untuk memastikan hasil kerja yang hebat. Bahagian ini menumpukan 3 perkara iaitu menjelaskan minat anda , memahami kekuatan dan kelemahan anda serta mengenalpasti kerja anda dan apa yang diperlukan

·        MELAKUKAN APA YANG ANDA MINAT
Adalah penting untuk menyukai perkerjaan kerana ia akan memberikan impak  ke atas kehidupan anda. Sekiranya anda mengetahui dengan jelas apa yang anda suka dan tidak suka, anda akan mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

·        TUMPUAN KEPADA KEKUATAN DIRI
Adalah penting untuk anda mengetahui kekuatan diri anda dan kelemahan. Salah satu cara adalah dengan menjalankan analisa SWOT. Analisa ini akan merupakan satu pendekatan untuk menilai kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang anda akan hadapi.

·        MEMAHAMI BAGAIMANA UNTUK CEMERLANG DALAM PEKERJAAN
Satu cara terbaik untuk memastikan yang anda berada di landasan yang betul ialah dengan mempunyai kesefahaman dengan majikan anda.




·        TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
Masa bukan sahaja bermaksud menguruskan masa kita. Ia adalah juga mengenai pengrusan diri kita sendiri. Ia berkaitan dengan keutamaan, kawalan situasi sendiri dan penggunaan masa.

·        ELAKKAN DARIPADA MEWUJUDKAN SITUASI YANG MUSTAHIL
Perkara ini merujuk kepada percubaaan untuk bekerja 40 jam seminggu dan mengambil beban akademik sepenuhnya . mengkaji semula kewajipan dan bertanggungjawab luaran anda . menilai setiap satu item secara realistik semasa anda menyediakan diri untuk jadual semester yang baru.

·        TENTUKAN KEUTAMAAN ANDA
Menentukan keutamaan anda adalah penting seperti pengurusan masa yang Berjaya . menggunakan kalendar mingguan dan catatkan semua perkara yang anda ingin capai.

·        ADAKAH ANDA DISELEBUNGI OLEH KRISIS SEMASA ATAU TARIKH LAHIR ?
Krisis dalam pengurusan atau kekurangan dalam pengurusan yang menyebabkan anda tiada masa untuk melakukan perkara yang rutin .

·        KEKALUTAN BOLEH DIIMBANGI DENGAN MEWUJUDKAN SENARAI “TO DO”




·        TEKANAN YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT YANG SEMEMANGNYABOLEH MENGGANGGU JADUAL
Pastikan kesihatan anda sentiasa terjaga. Anda boleh merancang masa untuk bersenam kerana ia akan menjamin kesihatan anda

·        SENAMAN MERUPAKAN SALAH SATU CARA YANG TERBAIK UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN

·        ADAKAH ANDA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN MASA ?
Memastikan mengelakkan gangguan bunyi semasa anda mengulangkaji, mendisiplikan diri anda, memilih rakan yang baik.

·        BERTANGGUNGJAWAB
Individu yang ditetapkan untuk melengkapkan sesuatu tugasan

·        AKAUNTABILITI
Seseorang yang memiliki akauntabiliti atau jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu tugasan perlu bertanggungjawab dalam memastikan yang ia dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapan yang ditetapkan

·        MELENGKAPKAN KERJA DENGAN TEPAT
Sekiranya anda ingin Berjaya, anda perlu melengkapkan kerja anda dengan betul, boleh dibaca dan difahami


·        MENGAKU APABILA MELAKUKAN KESILAPAN
Anda perlu bertanggungjawab di atas kesilapan yang anda lakukan kerana ia dapat mengurangkan tekanan di kalangan rakan sekerja

·        MEMBETULKAN KESILAPAN
Anda perlu jujur setiap kali melakukan kesilapan dan membetulkan perkara yang silap supaya rakan sekerja melakukan kerja dengan selesa .

·        TERIMA CADANGAN DARIPADA PENYELIA
menerima cadangan yang boleh membantu anda meningkatkan kerjaya anda

·        MENYELESAIKAN MASALAH
Kemampuan untuk menyelesaikan masalah dan mengetahui bila untuk mendapatkan bantuan

·        MENDAPATKAN MAKLUMAT TAMBAHAN
Anda mampu melaksanakan tugasan anda dengan baik jika anda mempunyai maklumat yang diperlukan

·        MEMBUAT PENILAIAN KE ATAS KUALITI KERJA
Adalah penting sekiranya anda memeriksa kerja anda agar ia bebas daripada sebarang masalah


1 comment: