EMPLOYABILITY
SKILL
Assalamualaikum dan
salam sejahtera kepada semua pembaca artikel ini. Pada hari ini, kami sekelas
telah ditugaskan untuk membaca dan memahami nota yang diberikan untuk ujian
akan datang,
Antara pembelajaran
kami pada hari ini ialah :
·
MEMAHAMI SKOP KERJA
Perkara pertama yang
perlu dilakukan ialah mengenalpasti tugasan yang akan dilakukan, kerja-kerja
dan tanggungjawab. Tajuk kerja mestilah menunjukkan dengan jelas fungsi sesuatu
tugasan yang akan dilaksanakan
·
MENGENALPASTI HASIL YANG DIKEHENDAKI DAN MASALAHNYA
Mencatatkan semua
masalah dengan terperinci, mengenalpasti syarat-syarat yang diperlukan untuk
setiap langkah kerja dengan tujuan untuk menjayakan kerja anda dengan sempurna
·
MEMAHAMI TEKNOLOGI ATAU KAEDAH YANG
SESUAI
Setiap kerja perlu
dirangka dengan teliti supaya menepati permintaan yang sentiasa berubah ,
teknologi, kemahiran dan kebolehan organisasi juga pilihan pekerja. Apabila
setiap kerja dirancang dengan mengambilkira perkara-perkara di atas, para
pekerja akan menjadi lebih bermotivasi untuk berkerja lebih kuat
·
PELUASAN KERJA
Usaha terawal untuk
menyelesaikan masalah pengkhususan ialah dengan melibatkan peluasan kerja
secara horizontal iaitu dengan menambah skop kerja, bilangan tugasan yang
diperlukan dalam sesuatu kerja dan kekerapan sesuatu tugasan itu diulang
·
PENGAYAAN PEKERJAAN
Pengayaan pekerjaan
meningkat kefahaman dalam sesuatu kerja iaitu tahap kawalan seorang pekerja ke
atas kerja yang mereka lakukan. Dengan kata lain, pekerja dipertanggungjawabkan
untuk melakukan beberapa tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh pengurus
mereka, oleh itu , tugasan dalam kerja yang diperkayakan sepatutnya membenarkan
pekerja melakukan mengikut acuannya sendiri.
·
MODEL CIRI-CIRI KERJA
Menawarkan rangka kerja
yang dimaksudkan melalui rangka kerja ini :
·
Kepelbagaian kemahiran
·
Pengenalan tugasan
·
Signifikan tugasan
·
Autonomi
·
Maklum balas
·
MENETAPKAN KEUTAMAAN KERJA
Kenalpasti apa yang
hendak dilakukan adalah penting untuk
memastikan hasil kerja yang hebat. Bahagian ini menumpukan 3 perkara iaitu
menjelaskan minat anda , memahami kekuatan dan kelemahan anda serta
mengenalpasti kerja anda dan apa yang diperlukan
·
MELAKUKAN APA YANG ANDA MINAT
Adalah penting untuk
menyukai perkerjaan kerana ia akan memberikan impak ke atas kehidupan anda. Sekiranya anda
mengetahui dengan jelas apa yang anda suka dan tidak suka, anda akan mampu
melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
·
TUMPUAN KEPADA KEKUATAN DIRI
Adalah penting untuk
anda mengetahui kekuatan diri anda dan kelemahan. Salah satu cara adalah dengan
menjalankan analisa SWOT. Analisa ini akan merupakan satu pendekatan untuk
menilai kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang anda akan hadapi.
·
MEMAHAMI BAGAIMANA UNTUK CEMERLANG DALAM
PEKERJAAN
Satu cara terbaik untuk
memastikan yang anda berada di landasan yang betul ialah dengan mempunyai
kesefahaman dengan majikan anda.
·
TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
Masa bukan sahaja
bermaksud menguruskan masa kita. Ia adalah juga mengenai pengrusan diri kita
sendiri. Ia berkaitan dengan keutamaan, kawalan situasi sendiri dan penggunaan
masa.
·
ELAKKAN DARIPADA MEWUJUDKAN SITUASI YANG
MUSTAHIL
Perkara ini merujuk
kepada percubaaan untuk bekerja 40 jam seminggu dan mengambil beban akademik
sepenuhnya . mengkaji semula kewajipan dan bertanggungjawab luaran anda .
menilai setiap satu item secara realistik semasa anda menyediakan diri untuk
jadual semester yang baru.
·
TENTUKAN KEUTAMAAN ANDA
Menentukan keutamaan
anda adalah penting seperti pengurusan masa yang Berjaya . menggunakan kalendar
mingguan dan catatkan semua perkara yang anda ingin capai.
·
ADAKAH ANDA DISELEBUNGI OLEH KRISIS
SEMASA ATAU TARIKH LAHIR ?
Krisis dalam pengurusan
atau kekurangan dalam pengurusan yang menyebabkan anda tiada masa untuk
melakukan perkara yang rutin .
·
KEKALUTAN BOLEH DIIMBANGI DENGAN
MEWUJUDKAN SENARAI “TO DO”
·
TEKANAN YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
YANG SEMEMANGNYABOLEH MENGGANGGU JADUAL
Pastikan kesihatan anda
sentiasa terjaga. Anda boleh merancang masa untuk bersenam kerana ia akan menjamin
kesihatan anda
·
SENAMAN MERUPAKAN SALAH SATU CARA YANG
TERBAIK UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN
·
ADAKAH ANDA BERTANGGUNGJAWAB DALAM
PENGURUSAN MASA ?
Memastikan mengelakkan
gangguan bunyi semasa anda mengulangkaji, mendisiplikan diri anda, memilih
rakan yang baik.
·
BERTANGGUNGJAWAB
Individu yang
ditetapkan untuk melengkapkan sesuatu tugasan
·
AKAUNTABILITI
Seseorang yang memiliki
akauntabiliti atau jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu tugasan
perlu bertanggungjawab dalam memastikan yang ia dapat disiapkan mengikut masa
dan ketetapan yang ditetapkan
·
MELENGKAPKAN KERJA DENGAN TEPAT
Sekiranya anda ingin
Berjaya, anda perlu melengkapkan kerja anda dengan betul, boleh dibaca dan
difahami
·
MENGAKU APABILA MELAKUKAN KESILAPAN
Anda perlu bertanggungjawab
di atas kesilapan yang anda lakukan kerana ia dapat mengurangkan tekanan di
kalangan rakan sekerja
·
MEMBETULKAN KESILAPAN
Anda perlu jujur setiap
kali melakukan kesilapan dan membetulkan perkara yang silap supaya rakan
sekerja melakukan kerja dengan selesa .
·
TERIMA CADANGAN DARIPADA PENYELIA
menerima cadangan yang
boleh membantu anda meningkatkan kerjaya anda
·
MENYELESAIKAN MASALAH
Kemampuan untuk
menyelesaikan masalah dan mengetahui bila untuk mendapatkan bantuan
·
MENDAPATKAN MAKLUMAT TAMBAHAN
Anda mampu melaksanakan
tugasan anda dengan baik jika anda mempunyai maklumat yang diperlukan
·
MEMBUAT PENILAIAN KE ATAS KUALITI KERJA
Adalah penting
sekiranya anda memeriksa kerja anda agar ia bebas daripada sebarang masalah